Islamic Widget

Friday 15 April 2011

"Graduasi Form 5 Kak Najwa &Kak Nadiah"SBP SMSSI











Alhamdulillah....Bersyukur kite ke hadrat Ilahi kerana sekolah akak saye dpt ramai pelajar yg cemerlang....termasuk juge akak saye...Najwa 10A...Nadiah 9A... Alhamdulillah...

Tuesday 15 March 2011

Mutiara Kata

Iman takkan mempunyai erti bila tidak
disertai amal.Akidah takkan memberi
manfaat bila tidak mendorong penganutnya
untuk beramal dan berkorban demi
menjelmakannya menjadi kenyataan..


                     Tabir yang memisahkan antara kami
                     dengan kejayaan hanyalah putus masa.
                     Jika harapan tertanam kuat dalam
                     diri, maka dengan izin Allah kita
                     akan mencapai banyak kebaikan...


Tiga modal utama untuk mencapai tujuan:
manhaj yg benar, pendokong yg beriman.
pemimpin yang kuat dan dipercayai...


                     Kenyataan hari ini adalah mimpi
                     kelmarin dan mimpi hari ini adalah
                     kenyataan hari esok...


Jika generasi hari ini adalah kekuatan bagi
anda, maka generasi esok adalah tanaman...


                     Kekuatan pertama sesungguhnya adalah 
                     iman, hasil dari iman adalah kesatuan 
                     dan produk dari kesatuan adalah 
                     kemenangan yang gilang - gemilang..


Jika jiwa manusia istiqamah dan jernih,
maka apa saja yang muncul darinya 
akan menjadi soleh dan indah...


                     Keadilan itu sesungguhnya bukan terletak
                     pada teks perundangan, tetapi pada
                     Jiwa hakim...


Asas kebaikan adalah kesucian jiwa, kejernihan
hati, amal yang berterusan ,berpaling dari
kebergantungan kepada makhluk,cinta
kerana Allah dan keterikatan kpd kebaikan ...


                     Ketokohan sesungguhnya diuji dengan
                     kesabaran, ketabahan, kesungguhan dan
                     amal yang istiqamah(berterusan)...


Tidak ada dakwah tanpa jihad dan
tidak ada jihad tanpa pengorbanan..


                     Tabiat dakwah yang universal adalah
                     dakwah yang penuh dengan nilai
                     persaudaraan dan cinta kasih...


Akidah yang betul, ibadah yang sempurna,
akhlak yang mulia dan hukum yang
adil adalah empat tiang pendokong
bangunan Al-Quran...


                     Ciri kepimpinan sempurna adalah
                     keikhlasan ,keupayaan dan
                     Kebulatan tekad....

Sunday 13 March 2011

Khat-Khat


Nasheed Artists Around The World...

 YUSUF ISLAM

Yusuf Islam is the founder of Britain’s most Famous Muslim School Chain “Islamia Schools”,  his company Small Kindness supports thousands of orphans and children around the world, Is a active participant in the Campaign against Aids, Is the author of several Islamic Booklets and Audio/Video Lectures, His companyMOL has produced many video/audio cassettes CD’S Of songs about “World Peace and Harmony”. But his past was very different. (Read more at http://www.famousmuslims.com/yusufislam.htm). Do visit his website at http://www.yusufislam.com.
 OPICK
His real name is Aunur Rofiq Lil Firdaus or famously known as Opick, was born at Jember, Jawa Timur on 16 March 1974. He is a song writer and a religious pop singer. His first album, Istighfar was been released in 2005. Among his popular songs are Tombo Ati, Takdir, Alhamdulillah and Astaghfirullah. (Personally translated from http://djoen.dagdigdug.com/2008/05/20/biografi-opick/)
 SHAAM
SHAAM are one of the leading exponents of nasheeds - Islamic songs in praise of Allah SWT and His Prophet Muhammad (peace & blessings of Allah be upon him) - singing in English, Arabic and Urdu. Based in Birmingham, they are theUK's leading nasheed group. Hundreds of live performances and thousands of album sales later, the group's passion for their sacred art, by the grace of God, remains undimmed. (From Shaam's website http://www.shaamgroup.com).

Nasheed Artists ...

Nasheed Artists ..

There are a few nasheed artists that I'd like to intoduce in this post in a brief description, inshaAllah. I've been listening to their songs as an alternative of islamic entertainment. I think you might know some of them. So, let's get started with...
1. MAHER ZAIN
I'm sure lots of you know this guy. Maher Zain (born March 16, 1981) is aSwedish R&B singer, songwriter and music producer of Lebanese origin. He also resided for a while in the United States. His debut album Thank You Allah, with 13 songs and two bonus tracks was released on 1 November 2009, with an exclusive Percussion Version and a French Version released shortly afterwards. He sings mainly in English, but also, amongst others, in French, Arabic, Urdu, Turkish and Malay(Info obtained from http://en.wikipedia.org/wiki/Maher_Zain). You may visit his facebook at http://www.facebook.com/MaherZain.

Kelembutan Dakwah Rasullah SAW

Kelembutan: Meneladani jejak Rasulullah SAW

Dalam kamus lembut telah diertikan sebagai

Seringkali kelembutanlah yang menjadi ukuran kemuliaan pekerti seseorang dalam masyarakat kita yang berbudaya timur ini. Kelembutan dalam berbicara dan bertingkahlaku kerap dijadikan piawai untuk menilai kebaikan budi seorang gadis yang bakal disunting, iaitu semakin lembut percakapan dan perlakuannya, semakin baguslah ia nanti sebagai seorang isteri dan ibu yang menyejukkan mata dan hati. Kelembutan malah lebih utama dari kecantikan mengikut norma ketimuran. Maka tidak hairanlah perempuan yang cantik tetapi kasar kelakuannya dipanggil “bunga dedap” kerana gagalnya ia bersikap kewanitaan sepertimana rupa parasnya.


Kelembutan dalam Islam

Sememangnya kelembutan bukan sahaja tuntutan budaya masyarakat timur, malah lebih utama lagi, ia juga adalah tuntutan Islam selaras dengan wahyu Ilahi. Sudah tentu kisah kelembutan perilaku Rasulullah SAW sering diperturunkan untuk menjelaskan kepentingannya. Soalnya, sejauh manakah kelembutan yang dituntut Islam? Benarkah Rasulullah SAW suri tauladan kita senantiasa bersifat lemah lembut tanpa kecuali? Mari kita hayati wahyu Ilahi ini:

Al Maidah 5:54

Al Fath 48:29

Al Hijr 15:88

As Syu’ara’ 56:215

Ali Imran 3:159

Makna yang amat jelas dari ayat-ayat di atas semuanya menekankan kelembutan dalam pergaulan sesama mukmin. Selain itu, dapat kita temukan sejumlah ayat-ayat dan kisah-kisah nabawiyah lain bahawa ibu-bapa, orang yang lemah fizikal atau akalnya, dan kanak-kanak dan orang yang belum tahu tentang hukum-hakam Islam juga berhak dilayan dengan kelembutan, kasih sayang dan kemaafan. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dari seorang sahabat bernama Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami. Sahabat ini mengisahkan betapa lembutnya perlakuan Rasulullah SAW membetulkannya semasa beliau melakukan kesilapan yang bertentangan dengan syara’ kerana kejahilannya. Apabila diperlakukan dengan lembut oleh orang mukmin, sudah tentu hati orang tersebut lebih terikat untuk terus bersama-sama Islam dan menegakkannya.

Manakala bagi orang-orang bukan mukmin, kewajipan kita ialah menyampaikan dakwah dengan cara yang penuh hikmah sebagaimana firman-Nya:

An-Nahli 16:125

Perlakuan berdakwah dengan hikmah ini ditafsirkan sebagai dengan akal dan al-Quran menurut Doktor Muhammad Hassan al-Hamshi dalam kitabnya Mufradat al-Quran: Tafsir wa Bayan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat, ini dilakukan dengan melakukan pergelutan pemikiran yang akhirnya mampu membuka minda mereka untuk menerima Islam sebagai mabda’ anutan mereka. Untuk melakukan pencabaran minda ini, pelbagai pendekatan boleh ditempuh, adakalanya dengan lembut dan berhemah, tapi adakalanya secara selamba dan terbuka, menyerang dan memperlekeh praktis jahiliyah baik dengan mengeluarkan kenyataan sendiri yang berasaskan hukum syara’ mahupun dengan membaca ayat-ayat al-Quran antaranya yang mencela praktis riba (Ar-Rum 30:39) dan penipuan perdagangan (Al-Mutaffifin 83:1-3).

Ar-Rum 30:39

Al-Mutaffifin 83:1-3

Perlakuan hikmah dalam dakwah Rasulullah SAW juga bersifat tegas dan tiada kompromi, contohnya dengan membacakan surah Al-Kafirun untuk menjawab ajakan kaum musyrikin supaya mengkompromikan akidah Islam dengan akidah musyrik. Tatkala dipujuk oleh bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti berdakwah, dengan tegas baginda menjawab: “Wahai pakcikku, demi Allah, biarpun mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (agama) ini, tidak sekali-kali akan kutinggalkannya, hingga Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya.”

Oleh itu, dakwah dengan hikmah bukanlah bermakna dakwah dengan lemah-lembut seperti didakwa sesetengah pihak. Salah faham ini mungkin terhasil daripada penafsiran yang melulu terhadap ayat al-Quran kerana ingin menyesuaikannya dengan premis “Rasulullah SAW bersikap lemah lembut” dan “Pendakwah mestilah lemah lembut”. Akibatnya kita dapati bahawa kebanyakan orang Islam sentiasa mengelak daripada menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar kerana lebih takut melukakan hati manusia daripada melaksanakan suruhan Allah. Dengan itu, lebih bermaharajalelalah pemikiran dan perlakuan kufur dalam umat ini, tiada bezanya kita kaum muslimin dari mereka kaum kafirin.


Kekerasan dalam Islam

Adapun bagi orang kafir yang bersikap keras terhadap Islam, maka tidaklah layak bagi mereka layanan yang lemah lembut dan penuh kemaafan. Inilah suruhan Allah yang amat jelas dalam beberapa ayat al-Quran antaranya:

At-Taubah 9:73

At-Taubah 9: 123

Ayat-ayat surah Al-Maidah 5:54 dan al-Fath 48:29 yang disebutkan pada permulaan artikel ini juga menyebutkan bahawa penentang-penentang Islam ini wajar dilayan dengan layanan yang kontra daripada yang diberi kepada kaum mukminin, iaitu dengan kekerasan.

Kekerasan terhadap penentang-penentang Islam ditunjukkan apabila Rasulullah SAW secara terang-terangan membacakan ayat-ayat Allah yang berisi celaan keras terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang memusuhi Islam seperti Al-Walid bin Mughirah (Al-Muddatsir 74:11-25, Al-Qalam 68:10-16), Umayyah bin Khalaf (Al-Humazah), Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil (Al-Lahab / Al-Masad 111) dan Abu Jahal (Al-‘Alaq 96:6-19). Selain itu, terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan sikap kekerasan kaum mukminin terhadap kaum kafir pada masa peperangan, perundingan dengan musuh Islam, dan pembalasan terhadap kaum kafir yang melanggar perjanjian dengan kaum mukminin.

Pengamalan sikap “lembut terhadap sesama mukmin, keras terhadap musuh” tidak pula bermakna kaum mukminin mesti sentiasa dilayan dengan lemah lembut tanpa kecuali. Ketegasan hendaklah diamalkan terutama dalam masalah bersangkutan perlaksanaan syariat Islam dan perintah yang hak oleh seorang penguasa. Apabila seorang rakyat, baik muslim atau bukan, disabitkan dengan kesalahan yang membawa hukuman atau hudud, maka pemerintah hendaklah melaksanakannya tanpa belas kasihan. Dalam pendidikan, ketegasan dan hukuman hendaklah dilaksanakan apabila berlaku pengingkaran yang sengaja dan berulang. Dalam hadits riwayat Muslim dari Muaz, Rasulullah SAW sebagai ketua tentera memarahi tentera mukmin yang melanggar perintahnya. Dalam hadith riwayat Muhammad bin Yahya bin Hibban dari Ibni Ishaq, Rasulullah SAW dengan tegasnya mengerah tenaga tentera mukmin untuk berjalan selama sehari suntuk semasa perang di Bani Mustaliq. Semasa perdamaian Hudaibiyah, Rasulullah SAW yang lebih memahami kesan perjanjian tersebut tidak berkompromi dengan para sahabat yang ramai-ramai tidak menyetujuinya. Begitu juga Abu Bakar yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tetapi tatkala menyandang kekhalifahan, beliau sangat tegas melaksanakan sesetengah siasahnya tanpa mempedulikan pandangan umum yang tidak menyetujuinya.

Penutup

Demikianlah huraian tentang sifat lembut dan keras yang wajar diamalkan oleh sekalian muslim. Kekusutan pemahaman yang melanda kaum muslimin kini berhubung sejauh mana sikap lembut dan keras harus diamalkan sewajarnya boleh terungkai. Fitrah manusia suka dilayan dengan kelembutan maka hendaklah kita memuaskan naluri ini dalam layanan kita terhadap saudara seakidah kita, ibu bapa, orang yang lemah akal dan jasmaninya dan anak-anak kecil. Kelembutan ini sebaliknya tidak menghilangkan ketegasan kita berpegang pada prinsip-prinsip Islam.

Manakala bagi menghadai musuh-musuh Allah yang juga musuh-musuh kita, maka sikap kita sepertimana tersebut dalam ungkapan “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya” . Keperkasaan umat Islam yang ditunjukkan terhadap musuh ini pastinya menimbulkan rasa kegentaran mereka terhadap akidah Islam, sekaligus memberi amaran tentang akibat yang akan mereka tanggung sekiranya mereka “mengacau” Islam. Yang sedihnya, realiti kini menunjukkan sikap yang terbalik oleh orang-orang Islam sendiri. Tatkala orang-orang kafir rancak memperagakan otot mereka kepada umat Islam, penguasa-penguasa umat Islam memberi muka kepada orang kafir atas nama kebebasan dan demokrasi, sebaliknya atas nama sekularisme, melakukan penekanan yang amat dahsyat terhadap umat Islam yang cuba mengamalkan seluruh ajaran Islam. Ironisnya, pengamal sikap yang terbalik ini sungguh tidak tahu malu pula berselubung di sebalik “ajaran Islam yang menggalakkan sifat lemah-lembut”.Umat Islam pula tidak mencapai kebangkitan pemikiran lantaran takutknya mereka terhadap cap “fundamentalis”, “ekstrimis”, ‘radikal”, “pengganas”, “tidak hadhari” dan sebagainya. Maka terperuklah ajaran Islam dari dimuliakan sebagaimana sewajarnya lantaran sikap umat Islam sendiri yang terpedaya dengan propaganda Barat.

Kesimpulannya, umat Islam hendaklah mengubah pemikiran supaya mereka mampu mengubah sikap mereka supaya sentiasa terikat dengan hukum syara’ semata-mata dalam menentukan baik dan buruk.


Rujukan

  1. Doktor Mohd Hassan al-Homsi. Mufradat al-Quran Tafsir wa bayan. Darul Rasyid. Beirut: 1984.
  2. Pilar-pilar pengokoh nafsiyah Islamiyah. Jakarta: 2004.
  3. Prof. DR. Muh. Rawwas Qol’ahji. Sirah nabawiyah mengungkap maksud politis perilaku Rasulullah SAW. Al-Izzah. Bangil: 2004.
  4. Salim Fredericks dan Ahmer Feroze. Dari kegelapan menuju cahaya. Pustaka Thariqul Izzah. Bogor: 2003.
  5. Taqiuddin an-nabhani. The Islamic state. London: 1998.